Sunday 13 July 2014

JOURNAL 1472014


Suatu tengahari Jumaat lalu, sementara menunggu  juruletrik tiba di rumah anak untuk memasang kipas baru. Sambil menghibur halwa telinga dengan muzik dari corong radio saluran THR Gegar Permata Pantai Timur. Berkumandang Lagu Menaruh Harapan nyanyian Zaiton Sameon keudara. Lantunan lagunya mengusik jiwa. Perasaan sayu, hiba dan sedih bercampur baur. Terkenangkan kepayahan hidup keluarga anak yang lebih 11 tahun diperantauan mengajar di kawasan Felda di Muazam Shah, Pahang dan Tenggaruh, Mersing tetapi permohonan tukar ke Kemaman maseh belum berjaya jua. Antara bait lagu yang meruntun.

Sepanjang perjalanan ini
Lembah dan lurah ku lewati
Ketenangan yang ku cari
Belum ku temui


Ku menghimpun doa bertahun
Mencari pepohonan rimbun
Bertemu dahan nan rapuh
Dapat ku berteduh


Rumah anak dengan pinjaman kerajaan ini telah pun siap 3 tahun yang lalu maseh kosong menunggu kehadiran pemiliknya.

Dulu aku sendiri
Kini masih sendiri
Hadapi hidup ini
Susah senang diri ku
Tak bertempat mengadu
Seperti burung kepatahan sayap
Di hati kecil ku menaruh harapan


Agaknya lirik lagu terakhir memperteguhkan tekad mereka untuk terus bersabar, redho ketentuan Allah dan meneruskan kelangsungan kehidupan.

Selagi hidup belum sudah
Aku akan terus melangkah
Ku yakin rahmat buat ku
Di hadapan menunggu


Ape pun, kami bersyukor kepada Allah SWT kerana anak-anak, menantu dan cucu sudi pulang silih berganti menziarah kami yang tinggal sekelamin di Teratak Desa. Kehadiran membawa bersama rioh rendah dan kami turut sebok tetapi keletah mereka membuatkan kami terhibur. Aufa setia bertandang dihujung minggu apabila dibawa Umminya.

No comments:

Post a Comment