Wednesday 17 December 2014

Memperkasakan kehidupan ‘Empowering Life’




Oleh : Wan Mustaffa Kamal Bin Wan Abdullah, PJK


Seorang sahabat bertanya, mengapa baru berjinak dengan perniagaan Simkad Tone Excel selepas bersara?. Setulus ikhlas ia bukan sekadar mengejar wang ringgit semata-mata. Selepas bersara, banyak masa luang dan sempat mengamati bahawa masyarakat kita sangat tertekan kehidupan mereka. Sdra boleh melihat dengan jelas, status pendapatan anak-anak muda kita yang bekerja saban hari di Pasaraya, pekerja kedai serbaneka, pekerja kebersihan, pekerja kiosk menjual topup dll. Ada kerja, ada gaji. Dengan pengelaman 36 tahun dalam perkhidmatan awam memperkasakan kehidupan sosial komuniti.  Biarlah kali ini membantu memperkasakan  kehidupan ekonomi komuniti dengan berkongsi peluang perniagaan paling murah untuk menjana pendapatan sampingan. Hanya dengan menggunakan simkad TE untuk telefon bimbit.


Ini belum lagi, mengambil kira persaingan dengan pekerja asing.  Tajuk berita yang disiarkan Malaysiakini – Mon, Dec 15, 2014 'Warga asing rebut ekonomi, kita malas'  yang memetik Setiausaha Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Datuk Raduan Che Rose, sikap warga Malaysia yang malas menyebabkan banyak peluang ekonomi kini direbut warga asing.


"Orang kita malas, orang kita tidak ambil peluang," katanya dalam sidang media di persidangaan "Dilema Negara: Isu Cabaran Pekerja Asing di Malaysia". "Kalau kita mengadu kita tidak ada peluang, tetapi kenapa mereka (warga asing) boleh rebut peluang ini."


 Sebelum itu, pada 06 Disember 2014, kita dikejutkan dengan tajuk berita, LEBIH RM22 BILION SETAHUN WANG DIHANTAR KELUAR OLEH 2.6 JUTA PEKERJA ASING!!!

Ketua Pegawai Eksekutif Western Union Malaysia, Chew Mei Ling berkata, pengiriman wang keluar oleh pekerja asing tahun ini menunjukkan trend meningkat berbanding RM21.7 bilion (AS$7 bilion) yang direkodkan tahun lalu. Sinar Harian melaporkan, menurutnya,negara penerima utama adalah Indonesia, India, Filipina, Bangladesh, Vietnam, Nepal dan China.


 Beberapa hari lalu pula, sempat menonton kegigihan 2 orang anak muda Jepun didalam rancangan majalah3 yang disiarkan TV3. Berbekalkan kemahiran sebagai pastry chef serta semangat berkobar-kobar mereka memulakan perniagaan Roti Jepun, PAN KOBO di Kuala Lumpur. Bagaimana pun, mereka terkejut kerana perniagaan itu tiada sambutan pelanggan serta seorang demi seorang pekerja mulai berhenti kerja. Mereka baru menyedari bahawa di antara cita-cita dan kenyataan hidup sangat berbeza. Bagaimana pun mereka dapat memajukan perniagaan setelah setahun meredah badai.

Jika sdara memiliki telefon bimbit dan topup sebulan lebih dari RM30. Saya menyeru supaya memberi peluang ini kepada diri sendiri. Dengan bayaran serendah RM90 dapat menjadi ahli Tone Excel seumur hidup. Sdara akan mendapat kredit percuma RM 30. Stiap kali topup sebanyak RM30, sdara dapat kredit percuma RM10. Jika topup RM50, sdara akan mendapat kredit percuma RM20 .

Selain itu, data internet 1GB/RM2. Insurance RM100K. Rebat tunai 3% yang terus dimasukkan ke akaun bank dan BIG POINT yang boleh digunakan untuk menebus Smartphone, Tiket kapal terbang AirAsia, dan banyak lagi. sdara boleh terus berniaga dengan memperkenalkan dan menjual Simkad ini kepada ahli keluarga, rakan kenalan, dan sesiapa sahaja yang sdara inginkan. simkad ini boleh diwarisi selagi masih digunakan. Kejayaan perniagaan ini, bergantung kepada usaha sendiri. Jangan Putus Asa. Selamat Maju Jaya. Jika saya boleh, anda juga boleh.

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi/sms/whatsapp ke 0199663858.untuk promosi, sila tekan link ini. http://toneexpress.com/afzahrakaniagaTE



#afzahrakaniagaTE

New Members
Wan Mustaffa Kamal Wan Abdullah – idp 504858
Fatimah Binti Mamat – idp 553912
Wan Akma Norasyikin – idp 582304
Wan Ahmad Hisyamuddin – idp 600641
Wan Mohamad Hafiy – idp 545896

No comments:

Post a Comment