Friday 1 August 2014

" SOKONG MEMBAWA REBAH ? "


Semalam melihat status seseorang yang bekerja dihari raya ke4. Sdra bukan keseorangan. Hari ini penjawat awam pun mula bertugas selepas cuti umum sambutan hari lebaran. Anakda kami pun, pulang awal pagi untuk masuk bertugas di K.K. Bukit Payong, Marang dan sebelah petangnya bertugas di atas panggilan. Sudah tentu berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Memang berat hati untuk bertugas, tetapi kegigihan dan komitmen terhadap tugas dan tanggungjawab serta terhadap kerjaya yang diambil kira. Sesungguhnya pengorbanan sdra mengukuhkan organisasi. Malahan cabaran dengan opisnya yang sunyi sepi kerana ada beberapa kerat yang bertugas. Mood perayaan masih berlegar diudara dan bertugas hari Khamis, kerja separuh hari sahaja. Selamat bertugas.

No comments:

Post a Comment