Saturday 5 July 2014

Sekali Air Bah Sekali Pantai Berubah


SETELAH BERSARA MAKAN GAJI

Aset yang dibeli dengan pinjaman perumahan kerajaan sejak 1994 sehingga langsai hutang pada 2012, kami sewakan serendah RM280 hingga RM300 sebulan. Kami mengubah haluan dengan menubuhkan afzah Homely Stay setelah bencana banjir akhir 2013 yang telah merosak teruk rumah sewa ini dan kami menanggong kos tinggi bagi kerja baikpulih. Mulai Jun 2014, pelanggan telah masuk dan perniagaan homestay ini telah membuahkan rezeki. Kami sungguh terhutang budi.

Perniagaan adalah sesuatu yang mencabar kerana ia memerlukan 'Actions' & 'Integrity' untuk melangkah jauh seperti ungkapan Naomi dalam The Face Australia. Dan yang pastinya, 90% rezeki adalah dengan berniaga.

Apa pun, khidmat fardhu kifayah ini untuk musafir yang tiba ke Kemaman. Untuk kebersihan diri, mendirikan solat, merehatkan badan dan menikmati kesegaran dengan selesa, selamat pada harga berpatutan seperti berada dirumah sendiri dinilai tambah dengan layanan seikhlas kasih Ibu. DATANGLAH KE HOMESTAY KAMI. :)

No comments:

Post a Comment