Sunday 6 July 2014

Tiada Aedes Tiada Denggi

Saya telah membaca berita Bernama dengan tajuk ‘Masyarakat perlu lebih peka menangani denggi’ bertarikh 6 Julai 2014. Jika anda digigit nyamuk yang mempunyai belang putih dalam tempoh masa seawal jam 5 pagi hingga 7 pagi atau 5 petang hingga 7 petang. Anda harus waspada, kerana ini adalah manifestasi nyamuk Aedes ada di kediaman anda.  Nyamuk Aedes ini bertelor dalam takungan air jernih dan bersih dan menetas dalam tempoh 10 hari. Kerajaan melalui KKM terus memerangi denggi namun Statistik Kementerian Kesihatan bagi tempoh dari bulan Januari hingga 7 Jun 2014, menunjukkan peningkatan kes denggi sebanyak 252% dengan kematian sebanyak 241%. Sejumlah 38,411 kes Demam Denggi dengan 75 kematian telah dilaporkan di seluruh negara berbanding 10,910 kes dengan 22 kematian dalam tempoh yang sama tahun 2013. Saya ingin berkongsi tips langkah pencegahan denggi bagi mewujudkan Komuniti Bebas Denggi. Cari bekas-bekas yang boleh menakung air didalam atau diluar rumah dan musnahkan. Antaranya, bekas takungan air peti sejuk, botol minuman terpakai, longkang tersumbat, dll. Bersihkan kawasan rumah seminggu sekali sudah memadai. Mudah bukan. Aedes boleh terbang sejauh 200 meter. Oleh itu semua orang mesti saling bahu membahu supaya seluruh kejiranan kita selamat. Selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment